Sunday, October 3, 2010

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

TAJUK PROPOSAL:

MENINGKATKAN PEMAHAMAN MURID TENTANG PROSES PENUKARAN DAN KESAN HABA KE ATAS SESUATU JIRIM DI KALANGAN MURID TINGKATAN SATU IBNU KHALDUN



Tempat:
Sekolah Izzuddin Shah,
Jalan Sultan Azlan Shah, 31400 Ipoh, Perak

Nama Penyelidik:
Khairul Bariah bt Alimuddin L 20101006084
Norisyah bt Abdullah L 20101006076
Nor Rashidah bt Ab Khalil L 20101006077
Disediakan untuk:
Prof. Madya Dr.Hj Abd Latif b.Hj Gapor



PENGHARGAAN

Bersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga kami menyiapkan proposal kajian tindakan ini dengan sempurna. Setinggi-tinggi penghargaan kami tujukan kepada Prof. Madya Dr.Hj Abd Latif b. Hj Gapor, pensyarah yang telah memberi tunjuk ajar dalam menyempurnakan proposal ini. Tidak lupa juga kepada Tuan Hj. Esmone b. Mat Zaini, pengetua Sekolah Izzuddin Shah kerana memberi kebenaran kepada kami untuk mendapatkan maklumat dan refleksi pembelajaran yang lalu di sekolah tersebut. Kepada guru mata pelajaran Sains Sekolah Izzuddin Shah, Pn. Marini bt. Baharom terima kasih kerana sudi berkongsi maklumat dan pandangan dengan kami. Tidak ketinggalan, kepada ahli keluarga kami yang sentiasa menyokong kami dari belakang dan terima kasih tidak terhingga kepada semua ahli kumpulan yang telah bersama-sama bersusah payah dalam menyiapkan proposal ini.

1. Pengenalan

Tajuk kajian:

Meningkatkan Pemahaman Murid tentang Proses Penukaran dan Kesan Haba ke atas Sesuatu Jirim di Kalangan Murid Tingkatan Satu Ibnu Khaldun
Nama dan Ahli Jawatankuasa Pengkaji:

1. Khairul Bariah bt Alimuddin
2. Norisyah bt Abdullah
3. Nor Rashidah bt Ab Khalil

Alamat sekolah:

Sekolah Izzuddin Shah, Jalan Sultan Azlan Shah, 31400 Ipoh, Perak.

1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran yang Lalu
Melalui pemerhatian yang dijalankan oleh Pn. Marini bt. Baharom, didapati segelintir murid tidak dapat menjawab soalan yang telah ditanya dengan betul selepas selesai sesi pengajaran dan pembelajaran. Mereka kelihatan keliru dan masih berasa ragu-ragu untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Oleh yang demikian, objektif pembelajaran tidak dapat dicapai 100%.
Selain itu, melalui ujian pra yang telah diberikan, masih terdapat murid yang memberi jawapan yang salah yang berkaitan dengan kesan haba kepada jirim. Dengan ini, satu kajian tindakan akan dibuat bagi mengatasi masalah ini.
1.2 Latar Belakang Kajian
Melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), mata pelajaran Sains merupakan mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua murid sekolah menengah. Ia termasuk di dalam mata pelajaran wajib jawab dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Tujuan pendidikan sains adalah untuk memberi dan mengkaji kajian sistematik alam semulajadi dan kesannya kepada manusia dan alam sekitar.
Melihat kepada kepentingan mata pelajaran ini, setiap murid perlulah mahir dalam memahami setiap topik bermula daripada topik Tingkatan Satu lagi. Oleh itu, melalui ‘Teknik Nyanyian’ diharap dapat membantu murid memahami seterusnya mengingati salah satu proses penting dalam topik mata pelajaran Sains Tingkatan Satu ini.
1.3 Penyataan Masalah
Mata pelajaran Sains Tingkatan Satu meliputi topik-topik asas kepada mata pelajaran sains yang ada dalam mana-mana sukatan mata pelajaran sains di sekolah menengah seperti Sains, Kimia, Biologi dan Fizik. Dengan asas yang baik, murid dapat memahami topik mata pelajaran sains yang lain dengan baik.
Daripada maklumat yang diberikan oleh guru mata pelajaran Sains Tingkatan Satu yang kami hubungi, didapati sebilangan murid Tingkatan Satu Ibnu Khaldun lemah dalam memahami dan mengingati proses penukaran dan kesan haba ke atas pepejal, cecair dan gas. Mereka tidak dapat membezakan proses yang berlaku semasa penukaran bentuk jirim samada dalam bentuk pepejal, cecair mahupun gas. Proses tersebut termasuklah penyerapan haba atau sebaliknya iaitu pembebasan haba. Terdapat murid yang memahami proses-proses tersebut tetapi tidak dapat mengingatinya apabila diajukan kembali soalan secara lisan tanpa membenarkan murid tersebut merujuk kepada buku.
Melihat kepada masalah ini, kami ingin mencadangkan agar dijalankan satu kajian tindakan dengan menggunakan ‘Teknik Nyanyian’ untuk melihat sejauh mana teknik ini dapat membantu murid memahami dan mengingati proses tersebut.

2. Objektif kajian

2.1 Meningkatkan pemahaman murid tentang proses pertukaran pepejal, cecair dan gas serta perubahan tenaga haba dan kesannya ke atas setiap bentuk jirim dengan menggunakan ‘Teknik Nyanyian’.

2.2 Membantu murid menganalisis kesan haba terhadap jirim dengan lebih mudah.

2.3 Mempelbagaikan amalan pengajaran guru yang berkesan.

3. Metodologi kajian

3.1 Reka bentuk kajian
Kajian ini akan dilaksanakan mengikut proses dan prosedur kajian tindakan seperti berikut:

Langkah 1 - Pengenalpastian Isu dan Masalah
Langkah 2 - Pengumpulan Data
Langkah 3 - Penganalisisan Data
Langkah 4 - Perancangan Tindakan
Langkah 5 - Pelaksanaan Tindakan
Langkah 6 - Pengumpulan dan Penganalisisan Data
Langkah 7 - Refleksi dan Penilaian
3.2 Sasaran kajian – Kajian ini terdiri daripada 3 orang guru, manakala murid terdiri daripada 30 orang murid Tingkatan Satu Ibnu Khaldun, tahun 2010, Sekolah Izzuddin Shah Ipoh.
3.3 Instrumen kajian
Dalam kajian yang akan dijalankan 2 kaedah pengumpulan data yang akan digunakan:

Soalan Ujian - Dua set ujian diberikan kepada murid iaitu Ujian Pra dan Ujian Pos berkaitan dengan topik ini. Tujuannya adalah untuk melihat tahap pemahaman murid berkaitan dengan topik ini.

Pemerhatian - Melalui pemerhatian dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, murid didapati kurang mahir dalam mengkelaskan dan menganalisis penukaran tenaga haba yang berlaku di dalam setiap jirim.

3.4 Metod analisis

Ujian Pra dan Ujian Pos: Analisis markah pencapaian pelajar
Pemerhatian: Analisis secara perbincangan tentang tindakbalas pelajar semasa pengajaran

4. Kesignifikanan kajian

Daripada kajian yang akan dijalankan, diharap dapat dikongsi bersama guru-guru mata pelajaran Sains khasnya, guru-guru mata pelajaran lain serta ahli jawatankuasa Sekolah Izzuddin Shah.

5. Anggaran Perbelanjaan

1. Bil telefon RM10

2. Kos percetakan dan penjilidan laporan RM15

Jumlah RM25

6. Jadual Kerja

1. Mesyuarat perancangan 20 September 2010

2. Draf proposal 21 September 2010

3. Pelaksanaan ujian pra (oleh Pn. Marini), diambil daripada Ujian Selaras II 18 Ogos 2010

4. Memproses data ujian pra 24 September 2010

5. Analisis data ujian pra dan pemerhatian 24 September 2010

6. Pelaksanaan ujian pos 15 Oktober 2010

7. Refleksi dan penilaian 16 Oktober 2010

8. Penulisan laporan kajian 22 Oktober 2010



7. Rujukan

Yeoh Seng Lee, Sim Be Lan, Tan Yu Hok, Suraiya bt Jamaludin, Science Form 1 Volume 2 (2002).
Prof. Dr Othman b. Lebar, Modul Kursus Kajian Tindakan dalam Pendidikan.
Kementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Buku Manual Kajian Tindakan.


LIRIK LAGU

Dalam laut ada sabut, ada sabut, ada sabut,
Dalam Laut ada Sabut, sabut yang Fana,
(Liquid to Solid = Freezing)
Dalam sabut ada lipan, ada lipan, ada lipan,
Dalam Sabut ada Lipan, lipan yang Malang,
(Solid to Liquid = Melting)

Dalam laut ada gelas, ada gelas, ada gelas,
Dalam Laut ada Gelas, gelas yang Banyak,
(Liquid to Gas = Boiling)
Dalam gelas ada lalat, ada lalat, ada lalat,
Dalam Gelas ada Lalat, lalat yang Comot,
(Gas to Liquid = Condensation)
Dalam gelas ada sudu, ada sudu, ada sudu,
Gelas ada Sudu, Sudu dalam Gelas,
Gelas yang Sama.
(Gas to Solid = Sublimation)
(Solid to Gas = Sublimation)